Kejam, Suami Mati Di Tembak Cuba Selamatkan Isteri

BENTONG – Subuh malang buat sepasang suami isteri yang sedang lena tidur tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran seorang penyamun bertopeng bersenjatakan senapang patah dalam kejadian di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras, kira-kira jam 4.40 pagi semalam.

Kejam, Suami Mati Di Tembak Cuba Selamatkan Isteri
Khairul Hazri Jamaludin, 31, mangsa dalam kejadian tersebut merupakan kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Bentong, meninggal dunia akibat cedera parah selepas cuba menyelamatkan isterinya, 28, daripada diancam penyamun terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam rumah mangsa menggunakan tingkap bahagian dapur yang sudah dipotong dan ditanggalkan cerminnya.

Tambah beliau, kehadiran suspek mengejutkan tidur pasangan suami isteri itu menyebabkan mangsa cuba melawan.

Kejam, Suami Mati Di Tembak Cuba Selamatkan Isteri
“Suspek kemudiannya bertindak menghentak bahagian kepala, leher dan perut mangsa menggunakan senapang patah yang dibawanya.

“Manakala isteri mangsa cuba membantu namun turut dihentak menggunakan senapang patah di bahagian kepala dan dalam masa sama, mangsa turut cuba menyelamatkan isterinya,” katanya kepada wartawan.

Abdul Aziz berkata, perompak itu kemudiannya bertindak mengambil barangan berharga milik mangsa dan isterinya.

Menurutnya, selepas itu suspek melarikan diri dan isteri mangsa kemudiannya berlari keluar rumah untuk meminta tolong.

Kejam, Suami Mati Di Tembak Cuba Selamatkan Isteri
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi.

“Sementara itu, isteri mangsa dibawa menjalani rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) kerana dipercayai turut dirogol dalam kejadian tersebut,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu rakan mangsa, Aimin Hazli, 38, berkata, kali terakhir dia bertemu rakannya yang lebih mesra dengan panggilan ‘Tok’  itu pada malam Khamis lalu sebelum pulang ke Shah Alam.

Katanya, dia terkejut selepas menerima panggilan telefon pagi semalam memaklumkan kejadian yang berlaku.

“Kebiasaannya, saya dan Tok jarang berada di rumah pada hujung minggu kerana pulang ke rumah keluarga masing-masing.

“Tok ada menyatakan dia tidak pulang ke Temerloh minggu ini kerana ingin ke Kuala Lumpur menghadiri kenduri kahwin dan isterinya turut datang ke sini,” katanya kepada wartawan.

Menurut Aimin, dia benar-benar terkejut dengan kejadian itu dan  menyifatkan Tok sebagai seorang rakan yang baik kerana sepanjang lapan bulan menjadi rakan serumah mereka begitu rapat.

Dalam pada itu, kakak mangsa, Rosnah Jamaludin, 55, berkata sejak tiga hari lalu, dia berasa tidak sedap hati dan tidak menyangka perkara buruk menimpa adik bongsunya itu. Menurutnya, kali terakhir mereka bertemu pada sambutan hari raya puasa yang lalu.

“Saya tidak dapat menggambarkan perasaan ketika menerima panggilan telefon memaklumkan perkara itu.”

“Kami sekeluarga bergegas dari Petaling Jaya ke Hospital Bentong sejurus mendapat maklumat,” katanya.

Jenazah allahyarham adiknya itu akan dibawa pulang ke Kampung Padang Tenggala, Temerloh untuk dikebumikan selepas semua urusan selesai.

Dalam perkembangan lain, turut hadir melawat keluarga mangsa ialah Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Pengarah Perhutanan Negeri, Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman dan Adun Bilut, Datuk Hoh Khai Mun.– Info Terkini @ forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.