Kerana Konsert, Siti Nurhaliza Jahit Skaf Sendiri

Kerana Konsert Siti Nurhaliza Jahit Skarf Sendiri

Konsert Siti Nurhaliza Live in Kuantan bakal berlangsung di Gambang Resort City, malam ini, Siti Nurhaliza nampaknya telah menggunakan khidmat pereka fesyen duo popular tanah air, Rizman Ruzaini untuk merealisasikan 3 persalinan hebatnya di atas pentas bersaksikan hampir 6,000 penonton nanti.

Apa yang lebih menariknya ialah apabila  Siti Nurhaliza di beritakan akan akan menggayakan skaf yang telah mendapat sentuhannya sendiri.

Menurut sebuah laman web hiburan tempatan, Siti Nurhaliza di katakan sempat memberikan sentuhan istimewa dan menjahit sendiri skaf hitam sarat dengan manik baiduri untuk digayakan pada malam konsert berkenaan.

Siti turut memberitahu wartawan yang dia akan menggayakan skaf yang direkanya itu dan disepadankan dengan tiga persalinan berkenaan.

Rizman Ruzaini pula ketika di temui wartawan berkata, dia juga agak terkejut apabila Siti Nurhaliza sendiri telah datang ke bahagian menjahit butiknya itu dan menunjukkan skaf yang hendak dipakainya pada malam konsert itu.

“Sebenarnya memang sudah lama Dato Siti teringin untuk memakai skaf seperti ini. Kebetulan di butik kami sudah ada kain yang sesuai dan dia sendiri telah menjahit dan menunjukkan kepada saya skaf berkenaan,” kata Rizman.

Pada persembahan malam itu, pihak penganjur, Creative Stars Empire Sdn Bhd telah menyediakan 4,000 tempat duduk kepada peminat Siti Nurhaliza yang ingin menyaksikan persembahan berkenaan.– Info Artis @ forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.