Kereta Bob Lokman Dilanggar Gajah

Kereta Bob Lokman Dilanggar Gajah

Kereta Bob Lokman Dilanggar Gajah !  Bob Lokman kini lebih dikenali sebagai seorang “bekas” selebriti yang bergiat berdakwah melalui Parti Islam Semalaysia PAS diberitakan bertembung dengan seekor gajah di Lebuh raya timur Barat di Grik.

Menurut info, beliau dan rakan sedang dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menyertai muktamar tahunan PAS bersama beberapa buah kereta lain.

Ketika kejadian, Bob Lokman menaiki kenderaan Proton Waja dikatakan telah bertembung dengan gajah yang sedang melintas jalan.

Ketika kenderaan mereka berhenti, jarak kereta tersebut dengan gajah tersebut hanya kira kira sejauh 30 meter. Tergamam dengan kejadian itu, lampu sportlight kereta waja tersebut terlupa dipadamkan dan menyuluh gajah terbabit.

Suluhan lampu tersebut telah menyebabkan gajah itu naik minyak. Gajah tersebut diberitakan meluru ke arah kereta beliau sambil mengibaskan telinganya. Terdapat sumber menyatakan, ketinggian kereta beliau dengan gajah terbabit hanya separas dengan lutut gajah .

Gajah yang dikatakan naik minyak itu terus menanduk bahagian hadapan kereta Bob hingga berlubang. Bob Lokman yang berada dalam kereta menjadi panik tanpa mampu berbuat apa-apa. Sumber juga menyebut , tandukan gading gajah tersebut menyebabkan bahagian belakang kereta yang dipenuhi barang terangkat.

Kejadian gajah menyerang kereta Bob Lokman tersebut berlaku ketika pendakian berhampiran hentian puncak lebuhraya Timur Barat.

Bagaimanapun, Bob Lokman kini dilaporkan selamat dan telah pun berada di Kelantan.-Info Terkini @ forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.