KP Kesihatan Akui Berkhalwat Dengan Isteri Orang

 

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang ditangkap berkhalwat bersama seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Hasan telah didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama (yang bergelar isteri orang ), Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam.Wan Syarifah pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua mereka mengaku salah atas tuduhan itu.

Hasan yang berstatus duda kelihatan tenang sepanjang prosiding, manakala Wan Syarifah nampak muram serta sesekali menundukkan kepala sewaktu berada di dalam kandang tertuduh.

Sekiranya gagal menjelaskan denda, Hasan akan berdepan hukuman penjara 3 bulan manakala pasangannya boleh dipenjara selama 30 hari.

Terdahulu, Hasan yang tidak diwakili peguam merayu agar hanya dikenakan hukuman denda kerana telah insaf malah mereka bercadang bagi berkahwin setelah proses perceraian pasangannya selesai.

“Saya bertanggungjawab ke atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang serta saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,”

Perkara itu turut diakui oleh Wan Syarifah sewaktu mengemukakan rayuan. – Info Terkini @ forblogger.net