Kubur Arafat Digali 26 November




Kubur Arafat

RAMALLAH, Tebing Barat – Seorang diplomat Barat semalam berkata, kubur bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat akan digali pada 26 November depan.

Kubur itu akan digali bagi menyiasat punca sebenar kematian Arafat.

Menurut sumber-sumber Palestin, kumpulan penyiasat dari Institut Fizik Radiasi, Universiti Lausanne, Switzerland telah tiba di sini bagi melakukan persediaan untuk menggali kubur itu.

Anggota-anggota kumpulan itu menemui Menteri Kesihatan Palestin, Hani Abdeen dan Menteri Kehakiman, Ali Mhanna.

Pasukan tersebut juga telah mengadakan perbincangan dengan ketua suruhanjaya Palestin yang menyiasat kematian Arafat, Tawfiq Tirawi.

Bekas pemimpin Palestin itu meninggal dunia di sebuah hospital tentera dekat Paris pada 11 November 2004.

Pakar-pakar Perancis tidak dapat mengesahkan punca kematiannya.

Ramai penduduk Palestin yakin beliau diracun Israel.

Pihak pendakwa raya Perancis membuka kertas siasatan terhadap kematian Arafat pada Ogos lalu selepas stesen televisyen Al-Jazeera menyiarkan hasil siasatan pakar-pakar Switzerland yang mendakwa bahan radioaktif polonium ditemui pada barang-barang peribadi milik bekas pemimpin Palestin itu.

Polonium merupakan bahan beracun yang pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko.

Litvinenko meninggal dunia di London pada 2006 selepas beliau meminum teh yang mengandungi racun itu. – Agensi

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top