Langsungkan Perkahwinan Walaupun Banjir

Langsungkan Perkahwinan Walaupun Banjir: Sepasang pengantin dari Parit Yusof di sini semalam, terpaksa melangsungkan majlis perkahwinannya di pusat pemindahan banjir disebabkan rumah pengantin perempuan masih dinaiki air semalam.

Kenduri itu diadakan secara bergotong royong oleh mangsa banjir yang berlindung di Balai Raya Parit Yusof, setelah pasangan Rafidah Radzali, 27, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Salehuddin Ismail, 31, di masjid kampung tersebut.

Rafidah yang juga seorang Pembantu Tadbir di Kementerian Pertahanan berkata, keluarga serta penduduk kampung telah sepakat meminta majlis pernikahannya diteruskan walaupun awalnya dibatalkan kerana banjir melanda.

“Bagi saya, detik perkahwinan ini adalah peristiwa yang sukar dilupakan sepanjang hayat”

“Masyarakat di sini menasihatkan supaya majlis diteruskan. Apatah lagi suami serta keluarga mentua dari Kota Tinggi, telah bercuti bagi mendapatkan pelepasan semata-mata ingin menghadiri pernikahan dan persandingan kami”

“Walaupun majlis ini serba ringkas dengan jamuan yang diadakan di pusat pemindahan banjir, tetapi ia menjadi kenangan terindah dalam hidup saya dan suami”

Rafidah adalah seorang daripada 100 mangsa banjir membabitkan 24 keluarga sekitar Parit Yusof yang sebelum ini dipindahkan ke balai raya kampung itu sejak minggu lalu.

“Alhamdulillah, pernikahan anak saya dapat juga diteruskan . Yang penting urusan wajibnya telah diselesaikan”

“Saya berterima kasih kerana penduduk yang menjadi mangsa banjir kerana sudi bergading bahu serta bergotong-royong menyiapkan juadah termasuk ayam masak kicap, kari terung serta rojak untuk dinikmati bersama”

- Info Riadah @ forblogger.net