JOHOR BAHRU: Lari menyorok nama tercicir. Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2), di sini, melarikan diri sebelum bersembunyi dalam dewan kira-kira satu kilometer dari sekolah itu, semalam kerana menyangka dia gagal memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila namanya tidak dipanggil guru,
Bapa pelajar tersebut, Abdul Halim Abdul Manaf, 40, dan ibunya, Norlida Mohd Yusof, 37, telah menghubungi polis apabila mendapati anak mereka telah hilang. Akhirnya Hafeq Shakirin Abd Halim,12, ditemui sedang menangis oleh bapanya di dalam sebuah dewan selepas dua jam bersembunyi.
Ketika ditemui, Hafeq Shakirin berkata, selepas mendapati namanya tidak disebut dalam senarai calon yang memperoleh 5A dia nekad melarikan diri dari kawasan sekolah pada jam 1 tengah hari ketika menunggu giliran mengambil slip keputusan UPSR
“Ketika itu, saya cukup tertekan dan berasa seperti anak tidak berguna menghampakan harapan ibu bapa kerana gagal memperoleh 5A.
“Saya sedih kerana saya sudah melakukan yang terbaik. Tambahan pula rakan asyik bertanyakan mengapa saya tidak mendapat 5A seperti mereka.” katanya.- Info Terkini @ forblogger.net
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA

