Leuniey Enggan Komen Isu Perkahwinannya Dengan Apex

 

Leuniey Enggan Komen Isu Perkahwinannya Dengan Apex

Semua sedia maklum penjaga gol kebangaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23 atau lebih mesra dipanggil Apex akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya Leuniey Natasha pada bulan Disember ini.

Berikutan perkara tersebut, Leuniey dikatakan tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai majlis perkahwinan mereka dan lebih selesa sekiranya pertanyaan tersebut diajukan kepada Apex sendiri.

Meskipun begitu, gadis ini mengaku sedang membiasakan diri untuk menjadi perhatian umum memandangkan dia bakal menjadi sebahagian daripada hidup Apex.

“Saya tidak boleh nak beritahu semua. Lebih elok jika tanya hal perkahwinan kami pada Apex sendiri. Apapun seperti bakal pengantin yang lain, saya rasa berdebar menanti saat untuk bergelar isteri orang.

“Saya akui apabila bersama Apex, apa sahaja mengenai kami akan menjadi perhatian dan saya kini sedang membiasakan diri,” ujar Leuniey kepada pihak media laman hiburan di majlis pelancaran Koleksi ‘Ratu By Ezuwan Ismail’ baru-baru ini.

Dalam pada itu, Leuniey turut akui dia amat meminati sikap Apex yang pandai menghormati orang tua terutama ibu bapanya.

“Dia seorang yang matang biar usianya masih muda dan dia juga seorang yang mengambil berat. Tapi apa yang paling penting, dia seorang yang menghormati orang tua khasnya ibu bapa saya,” ujar Leuniey lagi.– Info Artis @ forblogger.net