Lihat Rakan Terpelanting, Terperosok Bawah Treler

Lihat Rakan Terpelanting, Terperosok Bawah Treler

GOPENG – Dalam satu kejadian kemalangan di kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara Selatan, pagi tadi, empat pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) terbunuh manakala empat lagi cedera parah selepas digilis dan diseret sebuah treler dekat susur keluar ke bandar ini.

Kejadian mengerikan tersebut berlaku pada jam 4.30 pagi, treler tersebut dipercayai telah hilang kawalan dan merempuh lapan pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kabel optik telefon kecemasan di lorong kecemasan lebuh raya itu.

Treler berkenaan dipercayai telah merempuh dahulu empat buah kenderaan milik Propel dan Time Dotcom, iaitu sebuah kereta Proton Iswara, pacuan empat roda, van dan lori satu tan yang diletakkan di lorong kecemasan.

Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Kuala Lumpur, (tiga orang) maut di tempat kejadian, manakala Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Lihat Rakan Terpelanting, Terperosok Bawah Treler

Manakala rakan lain, Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, Shafudin Abdul Jalil, 31, Dino Azmi, 36 dan kelindan, Mohd Rozi Mat Sharif, 44, tercampak dari treler itu dan cedera parah. Pemandu treler terbabit cedera ringan.

Mereka yang terbunuh telah dihantar ke rumah mayat, Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera parah dirawat di HRPB.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, hasil siasatan mendapati treler berkenaan yang membawa makanan ringan dari Johor Bharu, Johor, menuju ke Ipoh didapati hilang kawalan sebelum merempuh empat kenderaan dan lapan orang.

“Kemalangan itu berlaku di jalan lurus mendaki bukit, dalam keadaan hujan renyai“

Pihak polis masih mengambil keterangan mangsa dan juga pemandu lori berkenaan.

Lihat Rakan Terpelanting, Terperosok Bawah Treler

“Seramai 13 anggota yang tiba dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dan Simpang Pulai membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah treler, sementara anggota polis membantu mengawal lalu lintas,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini.”

Tambahnya, pemandu lori berkenaan telah direman tiga hari untuk membantu siasatan.– Info Terkini @ forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.