Luna Jawab Gosip Nikah Di Austria




Luna Jawab Gosip Nikah

Semalam, penulis baru saja mengeluarkan artikel mengenai bekas kekasih Ariel (Noah) yang dikatakan telah bernikah di Austria.

Tetapi sejauh mana kebenaran itu tidak pula diketahui memandangkan Luna mahupun jejaka yang dikaitkan dengannya iaitu Reza Prawiro tidak memberi sebarang kenyataan balas.

Namun, hari ini, Luna telah tampil memberi komen mengenai desas-desus berkenaan.

Bercakap kepada media Indonesi ketika berada di pertunjukkan fesyen di Jakarta, Luna memberitahu dia tidak pernah terfikir hendak menikah di sana (Austria).

“Saya tak pernah terfikir untuk menikah di sana (Austria). Jauh. Dan tak mungkin,” katanya.

Luna turut menambah, dia tidak mahu ambil pusing dengan gossip berkenaan.

“Dari dulu juga saya sudah sering gosipkan dengan macam-macam,” tuturnya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top