Makam Puteri Firaun Ditemui




Makam Puteri Firaun

KAHERAH – Sekumpulan ahli arkeologi Republik Czech menemui makam seorang puteri Firaun yang berusia 4,500 tahun di selatan bandar raya ini.
Makam Puteri Shert Nebti itu dikelilingi kubur empat pegawai tinggi di Kompleks Abu Sir berdekatan piramid Saqqara.
Penemuan itu didedahkan Ketua Jabatan Mesir dan Yunani-Romawi, Kementerian Antikuiti, Mohammed El-Bialy kelmarin selepas ia ditemui baru-baru ini.
Terdapat empat tiang batu di makam puteri tersebut.
Inskripsi pada tiang itu menunjukkan puteri berkenaan merupakan anak perempuan Raja Men Salbo.
Tapak makam itu kini ditutup bagi mengelak kehadiran orang awam.
Bagaimanapun, Mohamed berkata, kerja-kerja penggalian di lokasi tersebut masih lagi di peringkat awal. – AP


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top