Mati Terbakar Dalam Keadaan Berpelukan

TAIPING – Menemui ajal dalam keadaan memilukan apabila 2 beranak yang rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah banglo 2 tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang di sini, tengah malam semalam, ditemui berpelukan.

Dalam kejadian kebakaran 12 tengah malam itu telah  meragut nyawa Mohd Hakimi Zubair, 40, isterinya, Leila Sahak, 40, anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, dan pembantu rumah mereka dikenali Riski, 40-an yang berasal dari Sumatera, Indonesia.

Tiga beranak serta pembantu rumah mereka itu berada di tingkat atas terperangkap serta terhidu asap tebal sewaktu kebakaran.

Mayat Leila serta Ahmad Faris ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di satu sudut di bilik utama rumah banglo berkenaan.

Bagaimanapun, 4 ahli keluarga lain, termasuk bapa kepada Mohd Hakimi, Zubair Puteh, 73, serta 3 lagi anaknya, Luqman Hafiy, 13, Ain Najwa, 11 dan Azad Fahmi, 8, yang tidur di tingkat bawah dapat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Info Terkini @ forblogger.net