Nash Sedia Akhiri Zaman Duda

 

Nash Sedia Akhiri Zaman Duda

KUALA LUMPUR: Penyanyi rock, Nash (Lefthanded) kini sudah bersedia untuk mengakhiri zaman duda selepas dua kali mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.

Dalam pada itu, Nash yang nama sebenarnya, Jamaludin Elias, 53,berkata, pada usianya sekarang dia perlu berhati-hati dalam membuat pilihan mengenai teman hidup supaya tidak mengulangi kesilapan lampau.

Nash mengakui beliau sedang mengenali hati budi seorang wanita yang enggan didedahkan identitinya. Perkenalan antara mereka telah berlangsung selama dua tahun.

“Sejujurnya saya mahu berkahwin lagi kerana selain usia semakin meningkat saya juga perlukan seseorang yang saya cintai agar dapat menemani kehidupan saya.

“Saat ini saya sudah bersedia ke arah itu malah merancang untuk mengakhiri zaman duda jika diizinkan Allah S.W.T.,”

“Insya-Allah jika ada jodoh di antara kami ia pasti akan terjadi suatu hari nanti,” ujarnya ringkas.

Nash ketika ditanya mengenai kriteria yang dicari terhadap bakal isteri, beliau mengimpikan seorang wanita yang bukan sahaja mencintainya tetapi boleh menerima empat orang anaknya.

“Anak-anak adalah keutamaan saya dan berharap calon isteri saya nanti bukan sahaja boleh mencintai saya tetapi empat anak-anak saya,” katanya.

Nash dikurniakan tiga cahaya mata hasil dari perkahwinan lalu, Fareena Nasha, 24, Najeeha Nasha, 22, Mohd Shameer Nasha, 16 dan seorang anak angkat, Jasmin Hanis Nasha, 14.

Nash juga pernah berkahwin dengan pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor sebelum bercerai pada 26 Mei 2009. – Info Artis @ forblogger.net