Nora Danish Mempunyai Ciri Isteri Dambaan Anuar Zain

 


KUALA LUMPUR: Sekitar jam 12.00 tengah hari tadi, Nora Danish menerusi mikro social Instagram beliau berkongsi beberapa keping gambar ala-ala intim beliau bersama Anuar Zain, ianya mendapat respon baik ramai peminat.

Antara dari gambar tersebut, ada yang menerima hampir 7,000 like dari para peminat dan respon diterima juga bertubi-tubi.

Menurut laporan sebuah portal hiburan, semalam Anuar Zain telah mendedahkan bahawa Nora Danish mempunyai ciri ciri seorang isteri yang beliau dambakan dan munculnya gambar ini menambah keterujaan para peminat.

Respon Peminat Terhadap Gambar Nora Danish dan Anuar Zain

“Comel, tengok wajah mereka berdua ini ada keserasian wajah — harap diketemukan jodoh mereka,” seorang peminat mendoakan jodoh Nora Danish & Anuar Zain di Facebook.

“Eh papa Zizan tidak marah?” usik seorang plagi eminat lain yang merujuk kepada gosip hubungan cinta antara Nora Danish & Zizan Raja Lawak sebelum ini.

Apa jua reaksi peminat terhadap mereka berdua, Anuar Zain terlebih dahulu sudah memaklumkan yang hubungan dengan Nora Danish tidak lebih dari sekadar kerja. – Info Artis @ forblogger.net