Ozlyn Dan Johan Bakal Timang ‘Baby’ Ke-2




Ozlyn Dan Johan Bakal Timang ‘Baby’ Ke-2

KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon, Johan Raja Lawak dan Ozlyn Wati bakal menimang cahaya mata yang kedua tidak lama lagi.

Ozlyn yang sekarang ini sedang sarat mengandung dilihat semakin berisi dan gembira dengan perubahan dirinya.

Walaupun sedang sarat mengandung dan sedang menunggu hari sahaja, Ozlyn tidak betah untuk duduk diam dan sentiasa aktif bekerja termasuklah menemani suami tercinta ke mana sahaja dia pergi.

Buktinya, dia sanggup menemani Johan ke majlis tayangan filem ‘Pontianak Vs. Orang Minyak’ baru-baru ini.

“Sebenarnya saya ada sedikit ‘scene’ yang saya lakokan dalam filem ‘Pontianak vs Orang Minyak’ dan untuk keadaan sekarang saya perlu aktif untuk kandungan saya ini,” kata Ozlyn yang diambil dari portal Gua.com.

Bukan itu sahaja, Ozlyn memberitahu dia sekarang ini terlalu sibuk menguruskan syarikat produksi miliknya sendiri.

Meski pun mempunyai syarikat produksi sendiri, Ozlyn masih lagi menerima tawaran berlakon dari syarikat produksi lain.

Namun, disebabkan dia sedang mengandung dan ingin menjaga kandungannya dengan baik, Ozlyn terpaksa menolak segala tawaran dengan cara yang baik.

“Sekarang ini saya lebih aktif dan sibuk dengan syarikat produsi saya yang sekarang ini akan menerbitkan telemovie dan sitkom yang akan ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi.

“Selain itu, tawaran berlakon ada juga tetapi saya terpaksa menolak kerana saya sekarang tengah mengandung dan Johan sendiri tidak membenarkan saya untuk aktif di set penggambaran. Mungkin selepas melahirkan ‘baby’ saya akan kembali ke set penggambaran untuk meneruskan kerjaya saya,” katanya.

Menceritakan pengalamannya ketika hamil untuk kali kedua, Ozlyn tidak mengalami sebarang alahan yang teruk.

Cuma, dia mempunyai selera makan yang tinggi dan perlu untuk mengawal seleranya bagi mengelakkan sebarang penyakit yang datang.

“Saya tidak mengalami masalah alahan atau pemakanan, cuma sekarang ini selera makan saya bertambah dan dinasihatkan oleh doktor supaya mengawal pemakanan saya, dan ini memudahkan saya untuk melahirkan anak ini,” tambah Ozlyn.


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top