Padah Puja Batu Geliga Untuk Tundukkan Isteri

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki sanggup membuang duit sebanyak RM32,000 bagi membeli ‘batu geliga’ yang didakwa mempunyai kuasa hikmat untuk menundukkan isterinya yang kuat berleter, namun padah menimpanya apabila dia mengalami masalah pendengaran yang dipercayai kesan penggunaan batu itu.

Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan hanya ingin dikenali sebagai Zaidi, 28, berkata, batu geliga itu dibelinya daripada seorang lelaki di selatan tanah air pada Ogos lalu yang mendakwa dirinya pawang besar di Indonesia.

Sewaktu membeli geliga itu dia diberitahu terdapat kuasa hikmat pada batu itu yang hanya menjelma sekiranya dia melakukan rutin pemujaan yang ditetapkan.

“Bagi memastikan geliga itu dapat memberi kuasa yang saya inginkan, saya hanya perlu melakukan pemujaan dengan menggunakan kemenyan dan kunyit hidup pada setiap malam Jumaat di kawasan perkuburan”

“Sekiranya gagal melakukan pemujaan yang disyaratkan, saya diberi peringatan kemungkinan berlaku musibah kepada saya ataupub ahli keluarga”

- Info Terkini @ forblogger.net