Pameran Musuh-Musuh Bond



WASHINGTON – Ejen 007 mungkin seorang hero, tetapi dalam pameran terbaharu di Amerika Syarikat (AS), watak penjahat dijadikan sebagai tumpuan utama.

Pameran yang bertema “Kejahatan yang Indah: 50 Tahun Penjahat Bond” itu mula dibuka kepada umum pada Jumaat lalu di Muzium Perisik Antarabangsa, di sini.

Ia mempamerkan kisah penjahat terkenal daripada filem-filem Bond terdahulu hinggalah yang terbaharu, Skyfall seperti Dr. No, Goldfinger dan Raoul Silva.

“Walaupun watak Bond kekal sama, namun watak penjahat berubah-ubah sejak 50 tahun lalu, sekali gus mencerminkan perubahan masa,” kata Meg Simmonds, pengarah arkib di Eon Productions, syarikat pengeluar filem tersebut yang juga penasihat pameran.

Bagi menggambarkan setiap tema, sedutan daripada filem-filem Bond dimainkan di sebelah figura atau patung watak penjahat yang dipamerkan.

Ratusan barangan turut dipamerkan termasuk kostum dan senjata yang digunakan musuh Bond dan pengikutnya. – AFP

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top