Penyanyi Asmidar Nafi Pakai Produk Suntik Untuk Cantik

Penyanyi Asmidar Nafi Pakai Produk Suntik Untuk Cantik: Penyanyi yang lahir menerusi rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa, Asmidar dilihat semakin berseri serta pandai bergaya.

Ini kerana selepas 11 bulan berada di dalam dunia seni, banyak perubahan yang dialami dan pengalaman baru yang dikumpulanya.

Antara pencapaian yang paling membanggakan sewaktu dia diberi peluang membuat persembahan di depan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William serta isteri, Catherine atau Kate Middleton semasa kedatangan mereka di Malaysia.

Terbaru ada gosip yang mendakwa dia menyutik wajah bagi kelihatan menarik. Menerusi Malaysia digest, Asmidar menafikan perkara itu.

“Saya yang datang dari program yang mempertaruhkan bakat bukan rupa tidak bermakna saya boleh mengabaikan penampilan saya”

“Saya akui tekanan tetap ada namun saya hanya ingin nampak presentable setiap kali tampil di khalayak”

“Tapi saya tak suntik wajah mahupun mengambil apa-apa pil. Mungkin sebab saya telah jumpa produk yang sesuai. Saya dah pakai sebulan lebih produk ni, lagipun saya ingin hidup dengan sihat”

Selain penjagaan wajah serta badan, Asmidar juga memberitahu kini dia dalam proses belajar berfesyen.

Dalam perkembangan terbarunya, Asmidar kini dalam proses rakaman lagu bagi album sulungnya. Album yang berkonsepkan Pop itu dijangka bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini. – Info Artis @ forblogger.net

One thought on “Penyanyi Asmidar Nafi Pakai Produk Suntik Untuk Cantik


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65