Perodua Kenalkan Pakej ‘Salam 1Felda’

KUALA LUMPUR – Syarikat Perodua perkenalkan satu skim promosi khas kepada peneroka Felda sebagai sebahagian daripada pakej khusus kereta nasional yang direka bentuk bagi keperluan permotoran peneroka.

Pakej ‘Salam 1Felda’ itu termasuklah rebat minimum RM1,000, baucar servis 50 peratus dalam tempoh dua tahun serta 1 insurans kemalangan peribadi yang bernilai RM20,000.

Syarat kelayakan untuk mendapatkan skim promosi tersebut, yang bermula hari ini sehingga 30 April, 2013, seseorang peneroka Felda perlu menunjukkan kad pengenalan, slip pembayaran Felda serta surat pengesahan.

“Skim ini terbuka kepada pasangan, adik-beradik, anak serta anak angkat peneroka, asalkan mereka mempunyai  dokumen yang diperlukan”

“Kami percaya bahawa promosi ini bakal mendapat sambutan yang baik daripada para peneroka kerana tawaran skim tersebut bakal mengurangkan kos pemilikan kenderaan kami yang sememangnya rendah”

Tambahan kepada pakej itu, Perodua juga turut menggembleng pasukan servis bergerak untuk menawarkan penyelenggaraan asas bagi kenderaan Perodua kepada peneroka Felda yang terpilih tidak lama lagi.

“Perkhidmatan tambah nilai itu adalah satu cara untuk kami menemui para pelanggan kami”

Untuk meningkatkan sambutan promosi itu, Perodua akan menggerakkan satu promosi jualan dan selepas jualan ke 14 tanah rancangan dalam tempoh tiga bulan akan datang bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai program itu.

Promosi selepas jualan semasa lawatan itu akan termasuk diskaun bagi minyak enjin serta alat ganti dan    pemeriksaan percuma 30 perkara untuk peneroka yang memiliki kereta Perodua di tanah rancangan Felda terpilih.

Berasaskan maklumat terkini lama web Felda terakhir pada 21 Mac, 2012, terdapat kira-kira 113,000 peneroka Felda yang berdaftar di seluruh  negara. – Info Terkini @ forblogger.net