Petronas Hentikan Klip Video ‘Do The Dappan’




Petronas Hentikan Klip Video 'Do The Dappan'

KUALA LUMPUR – Petronas mengambil keputusan menghentikan penyiaran klip video ‘Do the Dappan’ daripada laman web rasminya di YouTube.

Dalam kenyataan pada Khamis, syarikat itu berkata keputusan tersebut diambil setelah ia menimbang pelbagai maklum balas daripada penonton berkaitan klip video tersebut, yang hasilkan sebagai sebahagian daripada kempen sambutan Deepavali 2012 bertemakan “Be the Light”.

“Dalam semua kempen mengenai sambutan perayaan kami, Petronas sentiasa berhasrat membantu mempromosi dan menyemai nilai bersama yang terdapat dalam pelbagai warisan, tradisi dan budaya yang menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia dalam masyarakat pelbagai etnik kita,” kata Petronas dalam kenyataannya.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, pemacu utama kempen berkenaan, pameran ‘Be The Light – A Celebration of Culture and Tradition’ di Galeri Petronas, dan siri televisyen serta ucapan dalam bentuk cetakan, akan diteruskan seperti yang dirancang.

Iklan sambutan Deepavali Petronas bagi tahun ini menerima banyak sungutan, termasuk daripada pihak yang menyatakan bahawa tarian yang terkandung dalam klip video berkenaan tidak mencerminkan semangat ‘pesta cahaya’.

Klip video sepanjang tiga minit itu menampilkan ‘dappankuthu – sejenis tarian jalanan penuh bertenaga yang sering diselitkan dalam filem Tamil. – BERNAMA

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top