Pre- Perkahwinan Apex Dirakam Dan Disiarkan




Sejak mendapat tahu yang penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, dan kekasihnya, Leuniey Natasha, 21, akan menamatkan zaman bujang pada Disember ini, pelbagai cerita mengenai persiapan mereka diperkatakan.

Jika semalam, Mynewshub.my ada melaporkan yang gaun perkahwinan Leuniey di lengkapi lebih daripada 3,000 mutiara terbaru, mereka juga sedang sibuk menyiapkan foto dan video pra-perkahwinan mereka untuk koleksi peribadi dan keluarga.

Menerusi Murai.com, video itu akan diterbitkan oleh LH Media TV dengan konsep yang ditampilkan agak berlainan.

Sepertimana pasangan pengantin lain, video itu nanti pasti memberi kenangan istimewa kepada diri sendiri termasuk sanak saudaran dan kenalan terdekat.

Tambah istimewa lagi, program MeleTop yang disiarkan di Astro Ria setiap Selasa, jam 10 malam bakal menyiarkan di sebalik tabir pembikinan video tersebut.

Rakaman ini bakal disiarkan pada Selasa, 20 November 2012 yang mana Apex dan Leuniey turut serta berkongsi rahsia bermulanya percintaan mereka yang masih belum diketahui masyarakat.

Tentu terdapat beberapa cerita menarik yang peminat mereka sendiri tidak tahu.

Pun begitu, di kala kesibukkan, Apex kini sedang berdebar mempersiapkan diri untuk beraksi di Piala Suzuki AFF 2012 yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini.

Semoga berjaya buat Apex!

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top