Remy Ishak Perjelas Gambar Mesranya

Remy Ishak Perjelas Gambar Mesranya: Pelakon Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak,30 ,menjelaskan dia masih lagi solo walaupun ada disebarkan gambar dia dengan mana-mana wanita.

“Saya harap, tidak ada pihak yang bakal menimbulkan spekulasi menerusi sekeping gambar biasa itu”

“Wanita itu mungkin peminat ataupun rakan saya dan dia bukanlah kekasih sekiranya ada yang mengandaikannya begitu, kerana saya masih lagi solo”

Pelakon itu diminta mengulas sekeping gambarnya yang dikirim menerusi e-mel kepada portal hiburan tanahair bersama seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

Selepas hubungan cintanya dengan aktres Tiz Zaqyah putus, dia lebih fokus terhadap kerjaya lakonan yang diceburinya itu.

“Sekarang ini saya tidak ingin bercerita mengenai hal peribadi serta akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan”

“Ini kerana walaupun kita berikan penjelasan yang jujur, terdapat pelbagai persepsi yang bakal timbul daripada ungkapan yang dikatakan itu”

Dalam pada itu, bersempena dengan sambutan Maal Hijrah yang disambut pada Khamis, Remy berharap agar dapat menghayati pengajaran di sebalik erti sebenar sambutan itu.

“Seperti yang kita faham, 1 Muharam bukan sekadar penghijrahan Nabi Muhammad, ianya juga lebih melambangkan simbolik pengorbanan yang ditempuh Rasulullah sewaktu menyebarkan agama Islam

“Dan bagi saya pula, hijrah adalah langkah baru ke arah yang lebih bagus dalam kehidupan ini serta saya berdoa agar dapat menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya, selain dimurahkan rezeki dalam karier yang saya ceburi, Insya-Allah”

- Info Artis @ forblogger.net