Reza Mohammad Enggan Ulas Diri Dirasuk

Reza Mohammad Enggan Ulas Diri Dirasuk

Reza Mohammad yang merupakan penyampai radio Suria FM yang juga hos program Propaganza, dilaporkan enggan mengulas lanjut mengenai keadaan dirinya yang tiba-tiba dirasuk sewaktu dalam perjalanan untuk mengacarakan sebuah majlis fesyen di sebuah kelab di Ampang pada Sabtu.

Reza Mohamad hanya menjawab soalan wartawan melalui SMS dengan perkataan;

 “Don’t want to talk about it. Sorry.”

Dikatakan segalanya bermula secara tiba-tiba pada malam Sabtu lalu bilamana Reza Mohamad tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai pengacara majlis.

Reza  juga terpaksa berpatah balik ke rumahnya selepas keadaan diri beliau dikatakan semakin serius hingga meracau-racau di dalam keretanya.

Menyedari situasi yang tidak terduga ituberlaku disaat-saat akhir, pihak penganjur yang berada di dalam keadaan yang kelam kabut  terpaksa mencari pengganti.

Mujurlah pada saat-saat akhir, mereka berjaya mengantikan tempat Reza Mohamad dengan Kark Shafek.– Info Artis @ forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.