KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan akan berlaku kejadian hujan dan ribut petir pada sebelah petang sambutan perayaan Deepavali, Selasa ini.
Menurut jabatan itu hari ini, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah dan Negeri Sembilan dijangka dilanda ribut petir pada sebelah petang.
Bagaimanapun, pada sebelah paginya, hujan diramalkan di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak manakala negeri lain dijangka cuaca cerah.
Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh melayari www.met.gov.my untuk mengetahui maklumat cuaca setiap hari di seluruh negara.-Info Terkini @ forblogger.net

