Rompakan Ala Filem James Bond




Rompakan

LONDON – Enam perompak mengejutkan orang ramai apabila melakukan rompakan bermotosikal dengan pantas.

Mereka mengenakan pakaian hitam dan topi keledar penuh sambil menunggang tiga motosikal berkuasa tinggi dalam sebuah pusat beli-belah sebaik saja ia dibuka, semalam.

Pembonceng ketiga-tiga motosikal itu melompat turun lalu memecahkan dinding kaca kedai barang kemas menggunakan kapak dan kayu pemukul.

Saksi berkata, perompak itu menunggang motosikal ke bahagian atas menuju ke kedai barang kemas Fraser Hart di pusat beli-belah Brent Cross di utara London.

Mereka dipercayai mengambil jam tangan jenama Cartier dan Rolex serta barang kemas lain sebelum melarikan diri.

Menurut saksi, orang ramai menjadi panik apabila melihat kejadian itu. Ada yang melarikan diri ke pintu keluar manakala beberapa kedai tidak membenarkan pelanggan mereka keluar ketika rompakan itu berlaku.

Michelle Webber, 36, yang berada di situ berkata, dia masuk dari pintu yang digunakan oleh kumpulan itu, berdekatan dengan kedai John Lewis dan New Look.

Katanya, dia masuk kira-kira 10 minit sebelum rompakan itu berlaku dan mendengar seorang lelaki di belakangnya berkata, “Mari mulakan keseronokan.”

Tidak lama selepas itu, Michelle berkata, keadaan di dalam pusat beli-belah itu menjadi tegang.

“Seorang lelaki berlari ke arah kami dan menjerit supaya semua orang keluar. Waktu itu saya terfikir mungkin ada bom dan saya mula teringatkan anak saya dan keluarga. Saya mula ketakutan dan orang ramai mula berlari keluar dalam keadaan panik,” katanya.

Michelle berkata, orang ramai mula berlari ke arahnya dan cuba menjauhkan diri daripada tempat rompakan itu.

“Di sekitar kami, kedai mula ditutup dan barulah kami sedar sesuatu yang serius telah berlaku. Seorang lelaki memberitahu saya ada perompak bermotosikal di bahagian atas memecah kedai emas dengan kapak,” katanya.

Seorang jurugambar, Rick Treister yang dalam perjalanan ke kedai Apple di Brent Cross mendengar suara orang berteriak dan kaca pecah.

Beberapa saat kemudian, tigag motosikal dipecut dengan laju ke arahnya melepasi kedai kasut Clarks.

Katanya, “Saya tidak sempat untuk merasa takut, kejadian itu seperti mimpi.”

“Ia seperti filem James Bond dan anda tidak percaya kejadian seperti ini berlaku dalam pusat beli-belah Brent Cross,” katanya.

Rick terus mengeluarkan telefon bimbit dan berjaya merakam satu gambar.

“Lelaki yang menunggang motosikal di hadapan menjerit sesuatu kepada saya ketika dia melintas di hadapan saya,” katanya.

Katanya, keadaan menjadi huru hara. Wanita yang bekerja di kedai John Lewis menjerit manakala lelaki yang bekerja di kedai emas itu menjerit mengeluarkan kata-kata kesat ke arah perompak. – Daily Mail

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top