Sanggup Potong Lidah Pujuk Isteri Pulang

 

Sanggup Potong Lidah Pujuk Isteri Pulang

Seorang lelaki bertindak seperti orang hilang akal apabila sanggup memotong lidah sendiri dalam usaha untuk memujuk isteri dan anaknya pulang ke pangkuannya semula.

Menurut laporan, si isteri meninggalkan rumah mereka selepas hilang sabar kerana suaminya sering menggunakan bahasa kesat terhadapnya.

Bunty Vernma, 32, seorang pembaiki televisyen yang berasal dari Khaldwadi di Sendhwa, menyalahkan lidahnya yang menjadi punca dia mengeluarkan kata-kata kesat terhadap isterinya, Hema.

Tambah laporan lagi, Hema meninggalkan rumah mereka bersama-sama anaknya, menyebabkan Verma berasa sungguh menyesal dan bertindak drastik dengan memotong lidahnya.

Melalui sekeping surat yang ditujukan kepada  isternya, Vernma berkata, dia bertindak demikian kerana menyesal dan meminta Hema memaafkannya.

Malang bagi beliau kerana sehingga ini, Hema masih belum pulang dan lelaki tersebut pula dimasukkan ke hospital.

Menurut info dari rakan Verma, Aslam dan Sultan memberitahu media, Hema adalah isteri kedua Verma dan isteri pertamanya meninggalkannya beberapa tahun lalu.-Info Riadah @ forblogger.net