Selangor Beri Amaran,Tanggalkan Kamera AES

Selangor Beri Amaran,Tanggalkan Kamera AES: Kerajaan negeri Selangor memberikan tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, bagi tujuan menurunkan 2 kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri tersebut.

Anggota exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa setempat bakal “membantu” menanggalkan kamera itu sekiranya kementerian gagal untuk berbuat demikian.

Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan 2 kamera itu di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti yang ditetapkan undang-undang.

Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung serta Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha agar merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu, kerana sistem tersebut mengandungi banyak kelemahan”

Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem berkenaan. – Info Terkini @ forblogger.net

2 thoughts on “Selangor Beri Amaran,Tanggalkan Kamera AES


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65