Sengsara kutuk baju kenalan facebook

 

KUALA LUMPUR: Hanya kerana telah memberi komen mengutuk pakaian kenalannya di facebook (fb), seorang wanita bersama suami dan adiknya dibelasah oleh lebih 10 orang bersenjatakan kayu dan parang dalam kejadian di Kepong Baru, di sini, Isnin lalu.

Kejadian ala samseng itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam Isnin lalu, ketika mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Lisa, 18, pertama kali berjumpa wanita itu yang tidak puas hati akan komennya di fb.

“Saya mengenalinya hanya melalui fb sejak setahun lalu dan kerap berbual di di mikro sosial itu, namun kami tidak pernah berjumpa,” katanya ketika ditemui wartawan, semalam.

Lisa berkata, dia sama sekali tidak menyangka rakan fb yang dikenalinya sejak setahun lalu itu dengan tiba-tiba terguris hati berhubung komen yang mengutuk pakaiannya.

Lagipun, itu bukan pertama kali mereka bergurau seperti itu dan dia bersedia berjumpa apabila wanita berusia 30-an itu masih tidak puas hati biarpun dia beberapa kali meminta maaf, katanya. – Info Terkini @ Forblogger.net