Serah RM60,000, Lagi Mangsa Penipuan Facebook

IPOH – Gambar longgokan wang serta kereta mewah yang dipaparkan melalui laman sosial facebook (fb) telah cukup menjadi ‘modal’ untuk seorang lelaki mencairkan hati wanita kononnya untuk menjalin hubungan cinta sebelum menipu mangsa lebih RM60,000.

Mangsa kasanova fb itu yang hanya ingin dikenali sebagai I Kuar, 24, berkata, lelaki berusia lewat 20-an itu dikenalinya awal tahun ini dan hanya berhubungan melalui Internet dan telefon tanpa berjumpa.

“Dia mendakwa menjalankan perniagaan serta banyak mendapat tawaran tender kerajaan. Perbualannya dalam fb menambat hati saya dan kami bertukar nombor telefon”

“Sejak itu kami saling menghantar SMS untuk bertanya khabar hingga pada tengah malam 14 Mac lalu dia menghubungi saya dalam keadaan tergesa-gesa serta mendakwa ditimpa musibah”

Menurutnya, suspek mendakwa seorang pekerjanya telah melarikan wang syarikat RM8,000 yang sepatutnya digunakan bagi menjalankan projek perniagaan. – Info Terkini @ forblogger.net