Shaheizy Sam Nafi Berkasih Dengan Syatilla Melvin

Shaheizy Sam Nafi Berkasih Dengan Syatilla Melvin

Shaheizy Sam menafikan hubungan beliau dengan Syatilla Melvin adalah pasangan kekasih, namun beliau berkata sikap memahami yang dimiliki pelakon baru Syatilla Melvin terhadap dirinya merupakan faktor utama mereka menjadi rapat sejak lebih setahun lalu.

Shaheizy Sam menambah, walaupun dia berasa sangat selesa dengan sikap aktres berusia 21 tahun itu, ia masih terlalu awal untuk dia memikirkan secara serius mengenai hubungan tersebut.

“Saya selesa berkawan rapat dengan dia kerana sikapnya yang memahami. Dia tidak pernah bertanya itu dan ini mengenai kerja saya kerana dia faham dan sokong apa yang saya lakukan.

“Namun, saya tidak mahu memikirkan secara serius mengenai persahabatan kami pada waktu ini. Segalanya masih terlalu awal,”

Sam yang ditanya tentang sejauh mana kesahihan dakwaan kononnya dia sudah menemui keluarga finalis Dewi Remaja 2010 itu, Sam berkata, dia enggan mengulas mengenai perkara itu kerana banyak hati yang perlu dijaga.

Shaheizy Sam Nafi Berkasih Dengan Syatilla Melvin

“Maaf, saya tidak dapat komen sejauh mana rapatnya hubungan saya dan Syatilla. Cukuplah, saya katakan kami berkawan.

“Banyak hati yang perlu saya jaga, jadi lebih manis jika saya tidak bercakap lebih lanjut,” jelasnya.- Info Artis @ forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.