Sihir Dengan Batang Keladi

 

KUALA LUMPUR – Menurut Pengasas Pusat Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim Al-Azhari, selepas memeriksa penyakit yang dialami oleh seorang lelaki.

“Lelaki tersebut terkena sihir yang dinamakan ‘sihir ribath’ atau ‘sihir ikatan’ yang dilakukan bertujuan bagi memisahkannya dengan isteri dan ‘sihir ribath’ ini adalah gabungan antara ‘sihir pemisah’ serta ‘sihir ikatan”

Tambahnya ‘sihir ribath’ ini selalu dilakukan dengan menggunakan batang keladi dan dibacakan jampi sebelum di bakar dengan api hingga batang keladi itu lembik.

Katanya, tindakan tersebut bakal menyebabkan zakar orang yang dituju itu turut menghadapi kesan sama seperti batang keladi itu dan ia menyebabkan tanggungjawab sebagai suami tidak dapat dilaksanakan.

Malek berkata, perkara ini amat dilarang dalam Islam kerana tindakan itu sama seperti meruntuhkan masjid serta dimurkai Allah.

“Biasanya kaedah rawatan yang digunakan adalah dengan membacakan ayat al-Quran di telinga mangsa untuk mengeluarkan jin-jin yang berada dalam tubuh mangsa serta dimandikan dengan air yang dibacakan doa”

“Penyakit seperti ini dapat diubati dengan 3 kali rawatan dan selalu dihadapi bukan saja membabitkan rumah tangga namun di antara jiran mahupun rakan sekerja”

- Info Agama @ forblogger.net