Sokong Israel,Kim Kardashian Dihentam Dalam Twitter

 

LOS ANGELESSoasialis dan bintang Keeping Up With The Kardashians, Kim Kardashian telah dihentam teruk sewaktu dilihat menghantar posting tweet yang menyokong Israel dengan memberitahu 17 juta pengikutnya twitternya bahawa dia sedang mendoakan kesejahteraan semua yang berada di Israel.

Berikutan kejadian tersebut, Kim yang juga kekasih kepada rapper Kanye West ini telah menerima banyak tweet berbentuk ancaman bunuh serta salah satunya darinya tertera dengan tulisan,

“die in hell” (mati dalam neraka)

Tidak kurang juga yang menghubungi E! dengan memberitahu bahawa,

“a bit*h” who “should die there (jalang yang patut mati di sana)

Selain itu, ada juga yang bertindak lebih keterlaluan. Disebabkan posting tweet Kim Kardashian itu, mereka telah mula rasa hilang hormat kepada bintang sosialis itu.

Malah ada diantara mereka berpendapat bahawa tindakan Kim itu memalukan rakyat Amerika dan disifatkan sesuatu yang menjijikan. Serta ada juga yang secara berani memberitahu Kim bahawa dia sepatutnya berdoa buat Palestin, dan bukannya Israel.

Menurut Twitchy.com, Kim telah memadamkan posting tweetnya itu sebaik saja beliau dihentam teruk oleh ramai orang. Serta, dia telah menghantar sebuah lagi posting tweet yang berbunyi,

“praying for everyone in Palestin and across the world! (berdoa untuk semua di Palestin dan seluruh dunia)

Tweet itu juga kemudiannya telah dipadam. Namun, kedua-dua posting tweet Kim tersebut masih lagi mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut twitternya.

Seorang pengikut twitternya menulis,

“Hahaha @KimKardashian deleted her tweets, must have had SERIOUS backlash from her idiotic uninformed tweets, wrote one, while another called her a dumb idiot who “shouldn’t talk about what she doesn’t understand”

- Info Artis @ forblogger.net