Suami Tak Bagi Izreen Berlakon Dengan Johan




Izreen Azminda

KUALA LUMPUR – Bergadingan dengan teman rapat pelakon lelaki, Johan Asari dalam drama Julia yang disiarkan di stesen TV3, aktres Izreen Azminda, 27, tidak melihat sebarang masalah untuk berkomunikasi dengan Nabila Huda.

Kata Izreen yang dipetik dari Kosmo Online, dia dan Nabila bergandingan secara profesional dan tidak melibatkan sebarang perasaan peribadi.

Izreen juga menerangkan tiada sebarang masalah timbul ketika dia berlakon bersama dengan Nabila dan begitu senang dengan perangai pelakon janda anak satu itu.

Bagi Izreen, keadaan di mana Nabila ingin berkawan rapat dengan bekas kekasihnya, Johan A’asari bukanlah hak untuk dia pertikaikan kerana dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan orang lain.

“Saya dan Nabila tidak ada sebarang masalah, malah saya cukup senang dengan sikapnya.

“Soal dia berkawan rapat dengan Johan, itu hak Nabila bukannya urusan saya. Perkara yang lepas saya tidak mahu fikir lagi,” kata Izreen.

Walaupun Izreen mampu bersikap profesional untuk berlakon dengan Nabila, dia juga memberitahu tidak ada masalah untuk bekerja secara profesional dengan Johan.

Namun, atas nasihat suaminya, jurukamera, Muhammad Riza Baharudin, 30, untuk tidak menerima tawaran berlakon bersama Johan bagi mengelakkan sebarang kontroversi, Izreen akur dengan keputusan suami tercinta.

“Bagi saya apabila bekerja seperti menghadiri acara hiburan, saya mengambil sikap profesional. Namun, suami saya menasihatkan saya supaya tidak berlakon dengan Johan untuk mengelakkan kontroversi bukan sebab marah atau berdendam.

“Rasanya semua orang yang berkahwin akan menjaga batasan, begitu juga dengan saya. Saya bersyukur kerana berkahwin dengan suami yang faham kerjaya sebagai pelakon. Selalunya saya akan berbincang dengan suami terlebih dulu sebelum menerima tawaran,” katanya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top