Sultan Pahang Dukacita Akan Kenyataan Izzah Anwar

KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mezahirkan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.

Sultan Pahang Dukacita Akan Kenyataan Izzah Anwar

Menyifatkan kenyataan itu sebagai suatu yang mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.

“Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut tentang agama hingga begini.

“Saya nasihatkan agar rakyat tidak terpengaruh dengan fahaman dan cakap-cakap sebegitu serta perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya,”

titah baginda kepada wartawan selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini hari ini.

Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.

“Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada tubuhkan majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari menelusi hal-hal sebegini, sebab itu saya tak berani bercakap soal ini,”

titah baginda.

“Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan juga turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini,”

titahnya lagi.

Pada 3 Nov lepas, portal berita MALAYSIAKINI melaporkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,”

kata Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’, di Subang Jaya pada 3 Nov lalu.

Dalam pada itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan pihak dan kenyataan sedemikian yang boleh membawa kepada penyelewengan dan merosakkkan akidah umat Islam kelak.

“Jangan ikut kehendak pemikiran yang boleh merosakkan akidah, ini adalah salah satu usaha yang dilakukan oleh musuh Islam yan suka hendak menyeleweng akidah umat Islam dengan cara meragukan orang Islam dengan pemikiran yang menyimpang (dari ajaran Islam sebenar),”

katanya. – Info Politik @ forblogger.net

Black Hat

Hi Black Hat adalah admistrator dan SEO player di forblogger.net news portal. Black Hat juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Sultan Pahang Dukacita Akan Kenyataan Izzah Anwar


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65