MARANG – Seorang abang merasa kecewa sewaktu melihat adik perempuannya yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan, melahirkan seorang bayi di dalam bilik di rumah keluarga mereka di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan tersebut berkata, tangisan kuat yang didengari datang dari arah bilik adiknya itu telah mengejutkan dia serta seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka.
Ketika pintu bilik dibuka, gadis berumur 16 tahun itu berada di lantai dalam bilik tidurnya dalam keadaan berlumuran darah manakala bayi itu pula berada di sisinya sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu mereka.
Menurut si abang, dia kemudiannya meminta bantuan jiran terdekat bagi membawa adiknya itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu serta mendakwa melaporkan mengenai kejadian itu di balai polis berdekatan.
“Kami sekeluarga tidak mengesyaki dia hamil sebelum ini kerana tubuhnya agak besar berbanding rakan seusianya, malah saiz perutnya juga kelihatan seperti normal”
Abang remaja tersebut berkata, adik perempuannya serta bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan hanya keluarga mereka dibenarkan melawat, adiknya kini dilaporkan stabil.
Anak sulung daripada 3 beradik itu juga memberitahu adiknya juga mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali keluarga mereka pada Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu hinggalah melahirkan bayi tersebut dalam bilik tidurnya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Ahmad Mazlan Yahaya sewaktu dihubungi tengah hari semalam bagaimanapun tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana belum menerima laporan terperinci. – Info Terkini @ forblogger.net
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA


{ 1 trackback }