Taylor Swift Tak Selesa Pakai Seluar Semasa Jalinkan Hubungan?




Di usia 22 tahun, sudah berderet kejayaan yang diraih Taylor Swift. Berjaya dalam kerjaya seninya, namun ratu Pop-country ni bernasib malang setiap kali menjalinkan hubungan cinta. Joe Jonas, Taylor Lautner, Jake Gyllenhaal dan John Mayer antara selebriti yang pernah mencuri hati pelantun Your Belong With Me ini.

Terbaru, media Hollywood melaporkan dia baru saja berpisah dengan Conor Kennedy. Berita baik untuk peminat, sepertimana yang ramai sedia tahu, gadis ini pasti akan ciptakan satu lagu tentang bekas teman lelakinya. Lagu untuk Kennedy mungkin, ada.

Bercakap kepada media baru-baru ini, Taylor Swift berkata pengalaman melalui hubungan cinta yang tidak berpanjangan banyak mengajarnya bagaimana mahu menjalinkan satu-satu perhubungan. Tidak seperti dalam soal kerjayanya, yang mana dia segala keputusan terletak di tangannya.

Mengibaratkan perhubungan adalah sebagai satu 'kerjasama yang muktakmad' namun dalam soal menjalinkan hubungan dia lebih senang membiarkan kepada si lelaki yang membuat keputusan.

"Ia (percintaan) perlu nampak sama rata. Misalnya, kalau saya terlalu kerap memakai seluar, saya mula berasa tidak selesa. Dan kemudian kami akan berpisah. Jadi, ada bagusnya kalau kita biarkan teman lelaki yang mengawal perhubungan itu, lagipun kalau ia (perhubungan) kerap memberi kita tekanan", katanya kepada Harper Bazaar edisi terbaru.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top