Terjumpa Bangkai Tikus Dalam Bijirin

 

Terjumpa Bangkai Tikus Dalam Bijirin

LONDON: Siapa sangka, didalam bungkusan bijirin krispies yang selalunya adalah selamat, baik dan bersih rupa-rupanya menyimpan bangkai seekor tikus, apatah lagi ianya adalah jenama terkenal.

Begitulah yang terjadi keatas seorang lelaki yang kelaparan, beliau terkejut dan seakan-akan tidak percaya apabila bijirin Rice Krispies yang ingin disuapnya untuk kali kedua mengandungi tikus mati.

Mangsa, Mark Hunter, 42, bapa kepada dua anak dari Maida Vale, London, terkejut apabila teryudu kepala tikus daripada bijirin Rice Krispies yang dimakan bersama susu. Dia kemudian mengeluarkan bangkai haiwan itu, mengeringkannya sebelum menghubungi pengilang makanan itu, Kellog’s.

“Saya sangat bimbang kerana saya sudah pun makan sesudu bijirin itu dan ingin menyuap makanan itu lagi.

 “Namun, saya terlihat benda hitam dalam susu, tetapi tidak menyedarinya hingga saya mencedoknya dengan susu,” katanya.

Pasukan perkilangan dari Kellog’s mengakui mereka memang merasa bimbang dengan apa yang berlaku dan akan pergi ke kediaman Hunter untuk mengambil tikus itu dan menyelidik dari mana ia datang.

Menurut beberapa pakar daripada Universiti Liverpool percaya mereka dapat mencari puncanya. Ia bukan kali pertama tikus atau benda lain yang menjijikkan ditemui dalam makanan.-Info Terkini @ forblogger.net