Tun M Saran Karpal Singh Jadi PM

Tun M Saran Karpal Singh Jadi PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh juga dipertimbangkan untuk dilantik menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Dengan nada yang sinis beliau berkata, Karpal Singh juga sudah lama berjuang dan mengharapkan jawatan Perdana Menteri sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Bagilah dekat dia (Karpal) sebab dia pun sudah lama berjuang. Patut bagi kepada Karpal jadi Perdana Menteri. 

“Yang Amat Berhormat Karpal Singh. Bila pencen nanti dapat gelaran Tun… Tun Karpal,” katanya ketika diminta mengulas kecelaruan pembangkang dalam menentukan siapa Perdana Menteri jika menang pilihan raya umum nanti.

Mantan PM itu  ditemui pemberita selepas melancarkan Tabung Kecemasan Gaza anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut meminta rakyat menilai sendiri ‘perebutan kuasa’ yang berlaku dalam pakatan pembangkang seandainya memerintah negara.

”Belum pun menang pakatan pembangkang sudah pun berebut-rebut untuk menjadi Perdana Menteri.

”Bila dah jadi kerajaan esok bukan sahaja Abdul Hadi, bukan sahaja Anwar tetapi Karpal Singh pun nak jadi Perdana Menteri,” ujarnya.

Isu menjadi PM itu mula timbul apabila akar umbi Pas dalam muktamar tahunannya baru-baru ini mendesak Abdul Hadi dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Malangnya secara jelas dan teguh sekali, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan jelas menolak cadangan yang mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir yang juga Presiden PGPF menyifatkan tindakan DAP mempertahankan Anwar adalah kerana mahukan sokongan orang Melayu semata-mata.

”Oleh kerana DAP tidak ada pemimpin Melayu, kalau ada pun dah lari habis, sebab itu mereka nak Anwar kononnya jadi Perdana Menteri.

”Jadi orang Melayu pun rasa lega sebab orang Melayu dapat jadi Perdana Menteri tapi akhirnya jadi macam di Perak dahulu yang terpaksa ikut telunjuk DAP,” ujarnya.

Dengan itu, tegas beliau, rakyat di negara ini diminta supaya tidak terlalu taksub dengan mana-mana pemimpin kerana sikap tersebut hanya akan merosakkan negara.

“Bila kita hanya menyokong secara membuta tuli tanpa mengambil kira apa yang dilakukan seseorang pemimpin, akan rosaklah negara,” katanya. – Info Politik @forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Tun M Saran Karpal Singh Jadi PM


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65