Ulat Dalam Nasi Himpit Segera

Ulat Dalam Nasi Himpit Segera

SERI KEMBANGAN – Nampaknya selera sebuah keluarga di Taman Universiti Indah di sini untuk menikmati hidangan di pagi raya Aidiladha lalu terbantut apabila melihat banyak ulat dalam dua peket nasi himpit segera yang dibeli mereka di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, hujung bulan lalu.

di Taman Universiti Indah di sini untuk menikmati hidangan di pagi raya Aidiladha lalu terbantut apabila melihat banyak ulat dalam dua peket nasi himpit segera yang dibeli mereka di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, hujung bulan lalu.

Ibu kepada empat anak yang hanya mahu dikenali sebagai Mia berkata, pada 25 Oktober lalu dia ke pasar raya di Seri Kembangan itu untuk membeli bahan masakan bagi sambutan Hari Raya Aidildha.

Apa yang menimbulkan tanda tanya beliau ialah tarikh luput penggunaan nasi himpit itu masih lama iaitu Ogos 2014 menyebabkan mereka menolak kemungkinan ia rosak.

Menurut Mia, dia mencapai dua peket nasi himpit segera di rak yang masing-masing berharga RM6.29.

Tambah Mia lagi, sebaik membuka bungkusan besar yang mengandungi 35 peket kecil nasi himpit segera untuk direbus pada keesokan harinya, dia terkejut apabila melihat banyak kepompong.

“Apabila diteliti, saya lihat hampir setiap bungkusan ada kepompong dan ulat, di plastik peket besar pula ada satu lubang kecil yang berkemungkinan menjadi ‘laluan’ ulat itu dapat tembus ke dalam peket kecil.

“Kesal dengan perkara itu, pagi raya itu juga saya ke pasaraya bagi memaklumkan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, selepas perkara itu dimaklumkan, dia melihat pekerja pasar raya mengosongkan rak di mana peket nasi himpit itu dipamerkan.

Bagaimanapun, Menurut Mia, dia yang ke pasar raya itu sekali lagi pada 27 Oktober terkejut apabila melihat ada beberapa peket nasi himpit jenama sama yang dibeli pada mulanya itu diletakkan kembali di rak.

Ulat Dalam Nasi Himpit Segera
Katanya, dia membeli sepeket lagi jenama itu untuk melihat sama ada produk terbabit sudah ditukar kepada yang lain atau sebaliknya.

Jelas Mia, dia terkejut apabila mendapati peket kecil itu juga mengandungi ulat sama seperti dua peket yang dibeli sebelum ini.

Aduan Mia berkenaan hal itu telah dibuat kepada Jabatan Kesihatan Daerah, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Justeru menurutnya, dia meminta pihak berkenaan memantau perkara itu kerana bimbang kesihatan pengguna lain yang membeli barang sama selepas ini.

“Rasa sakit hati ditipu pembekal barangan, bagaimana ulat boleh bersarang di dalam peket itu sedangkan tarikh luput lambat lagi. Adakah kerana proses pembungkusan tidak mengikut prosedur, agensi berwajib kena pantau hal ini,” katanya.–Info Terkini @ forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.