Wanita Pam Bayi Dalam Tandas Hotel

 

GEORGETOWN – Seorang wanita bertindak di luar jangkaan apabila dipercayai telah mengepam bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tandas di sebuah hotel di Jalan Macalister, di sini, kelmarin.

 

Bagaimanapun, wanita tersebut tidak menyedari imejnya sewaktu berlegar-legar di kawasan hotel itu sebelum masuk ke tandas berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Melalui rakaman CCTV itu, wanita yang berusia 20-an tersebut dilihat menuju ke tandas hotel kira-kira jam 7 malam, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari beberapa jam setelah itu sewaktu seorang pekerja pencuci membersihkan tandas.

Menurut sumber, pekerja itu yang terkejut selepas melihat titisan darah pada mangkuk tandas serta lantai terus memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan hotel.

Pihak pengurusan hotel terbabit kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada polis dan susulan daripada itu, sepasukan anggota penyiasat serta unit forensik bergegas ke lokasi kejadian. – Info Terkini @ forblogger.net