Zizan Tak Ada Masalah Jue Ada Kekasih Lain




Zizan Tak Ada Masalah Jue Ada Kekasih Lain


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak negara, Zizan Razak tidak kisah sekiranya teman rapatnya suatu ketika dahulu, Juliana Evans mempunyai kekasih hati atau pasangan baru dalam hidupnya.

Zizan juga menganggap perubahan hidup Juliana yang mesra dipanggil Jue di Amerika Syarikat bukanlah masalah kepada dirinya.

Minggu lalu, Zizan dihujani dengan pelbagai soalan mengenai perkembangan hubungannya dengan Jue selepas beberapa keping gambar kemesraan Jue dengan seorang lelaki lain tersebar di internet.

Walaupun gambar-gambar tersebut telah tersebar, Zizan ternyata tidak langsung berasa terkejut.

Namun, Zizan tetap mengakui yang dia tidak mempunyai sebarang hubungan yang istimewa dengan Jue dan tidak tahu bagaimana untuk menjawab setiap persoalan mengenai aktiviti Jue dengan teman lain.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu hendak jawab apa. Jadi saya memilih untuk mendiamkan diri saja.

“Saya juga tidak terkejut sebab kami memang tidak mempunyai ikatan, malah tidak pernah janji apa-apa. Kalau benar dia sudah ada teman lelaki, itu bukanlah masalah bagi saya,” kata Zizan yang dipetik dari Berita Harian Online, hari ini.

Zizan jujur aku diri Jue mempunyai ciri-ciri pasangan yang dicarinya selama ini.

Pun begitu, walaupun mereka rapat, mereka tidak pernah membincangkan hubungan mereka secara serius dan lebih mesra berkekalan sebagai sahabat baik sahaja.

Panggilan sayang yang kerap Zizan panggil kepada Jue juga tidak melambangkan mereka berdua bercinta dan ia sekadar sayang kepada seorang sahabat.

“Dia memiliki ciri-ciri wanita yang saya mahukan – cantik dan gila-gila. Karakter dia sesuai dengan saya, tetapi secara jujur kami tidak pernah serius.

“Saya akui, kami pernah melafazkan kata-kata sayang, tetapi ia tidak lebih daripada ungkapan untuk seorang sahabat baik. Walaupun saya pernah menangis sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang pada Januari lalu, tetapi itu bukanlah petanda yang kami bercinta,” kata Zizan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top