Bekas YDP Selayang Di Penjara 3 Tahun

Bekas YDP Selayang Di Penjara 3 Tahun

Bekas YDP Selayang Di Penjara 3 Tahun : Datuk Bakaruddin Othman yang juga merupakan bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri.

Hakim di Mahkamah Sesyen iaitu Asmadi Hussin telah menjatuhkan hukuman tersebut selepas berpuas hati kerana pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Datuk Bakaruddin juga boleh dipenjara setahun lagi sekiranya beliau gagal membayar denda yang dikenakan.

Bagaimanapun Asmadi membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi memerintahkan tertuduh membayar denda.

Beliau turut menaikkan jumlah jaminan daripada RM8,000 kepada RM10,000 dan memerintahkan Bakaruddin melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad pertama setiap bulan.– Info Terkini @Forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Bekas YDP Selayang Di Penjara 3 Tahun


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65