Chef Riz Secara Rasmi Ceraikan Ana Dahlia Dengan Talak Satu

 

Chef Riz Secara Rasmi Ceraikan Ana Dahlia Dengan Talak Satu

Chef Riz Secara Rasmi Ceraikan Ana Dahlia Dengan Talak Satu : Akhirnya bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor, pada 10 Disember lalu, Chef Riz secara rasmi menceraikan Ana Dahlia dengan talak satu.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, telah mengesahkan perkara itu secara ringkas ketika dihubungi wartawan pada petang Rabu semalam.

“Benar, kemelut perhubungan kami sudah selesai. Kami telah pun bercerai talak satu secara sah,” katanya ringkas kerana sibuk berada di gimnasium.

Hubungan pasangan ini mulai retak dan dihidu wartawan pada Oktober lalu selepas Ana dan Riz dikatakan sedang menghadapi masalah rumah tangga walaupun perkahwinan mereka belum menjangkau setahun lagi. Penceraian itu dikatakan berpunca kerana tiada persefahaman di antara mereka.

Manakala Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar dan Riz telah diijabkabulkan pada 11 Disember 2011. Ia adalah perkahwinan kedua buat Ana.

Dalam pada itu, Ana Dahlai ketika dihubungi pula menyatakan, dia berasa sedikit sunyi sejak berpisah dengan anak lelaki tukang masak selebriti popular Chef Wan itu.

“Saya berasa sunyi sedikit, mungkin kerana saya tinggal bersendirian. Tetapi kesannya tidaklah teruk mana kerana sebelum ini pun saya tinggal sendiri juga.

“Inilah ketentuan dan takdir Tuhan. Saya terima seadanya dan berharap agar kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, Insya-Allah,” tuturnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Kerana Lelaki Itu.

Menurut Ana Dahlia, walaupun kedua-dua mereka telah bercerai, namun dia tidak pernah menganggap Riz sebagai musuhnya dan masih lagi berkawan seperti biasa.

“Saya tidak pernah memusuhinya, kami kawan seperti biasa. Cuma hubungan kami tidaklah seperti dahulu lagi,” ujarnya.– Info Artis @Forblogger.net