Eina Azman Perjelas Isu Gambar Bersama Afiq Muiz

Eina Azman Perjelas Isu Gambar Bersama Afiq Muiz: Pelakon serta penyanyi remaja Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 17, menafikan dakwaan kononnya dia ingin menyembunyikan hubungan cinta dengan aktor Afiq Muiz.

“Kami tiada apa-apa hubungan istimewa dan mungkin kebetulan saya berkawan rapat dengan Afiq kerana kami selalu keluar bersama dan mesra hingga ada pihak  tersalah anggap”

“Saya memang menyayangi dia tapi sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, saya belum ada teman istimewa kerana masih terlalu muda untuk memikirkannya”

Ditanya mengenai gambar mesra mereka di Internet baru-baru ini, aktres drama bersiri Mimpi Cinderella ini berkata, gambar-gambar tersebut adalah koleksi peribadi yang ingin dikongsikan dengan kepada para peminat dan tidak mempunyai sebarang niat serong.

“Ada pihak telah salah anggap sewaktu melihat gambar-gambar mesra saya dan Afiq. Gambar itu sengaja kami ambil semasa berkunjung ke sebuah pusat beli-belah baru-baru ini bagi tatapan peminat.”

“Kalau saya hendak buat benda-benda tidak manis, takkanlah saya berkongsi dengan peminat. Lebih baik saya sorokkan sahaja. Niat kami semata-mata bagi memberitahu peminat mengenai aktiviti terbaru kami”

Bercerita mengenai kerjaya, anak saudara kepada penyanyi dan guru vokal Juliza Adlizan ini berkata, dia mahu memberikan tumpuan kepada lakonan dan nyanyian sejak menamatkan zaman persekolahan pada bulan lalu.

“Kini saya telah tamat sekolah dan ingin tumpukan sepenuh perhatian kepada bidang seni bermula tahun hadapan”

- Info Artis @ forblogger.net

One thought on “Eina Azman Perjelas Isu Gambar Bersama Afiq Muiz


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65