Fahrin Ahmad Mengaku Tidak Sempat Cari Jodoh, Sibuk Sepanjang 2013



Kalau anda masih ingat, Fahrin Ahmad pernah menjadi tajuk perbualan utama media dan juga para peminat kerana kisah cinta beliau namun semuanya seakan senyap kini.

Sempat bertemu Fahrin Ahmad di sidang media Persembahan Makan Malam Amal Tahajjud Cinta, kami bertanyakan status percintaan beliau ketika ini. Penyibuk bukan?

“Saya tiada cerita untuk di’ceritakan — saya sendiri jarang turun ke acara hiburan untuk bertemu media seperti hari ini,” ujar selebriti untuk kempen Red Ribbon ini.

Menjengah usia 34 tahun pada 2013, Fahrin Ahmad mengakui yang dirinya kini tidak tertekan akan soal jodoh walaupun sekali sekala di’tanya oleh orang tua beliau.

“Jodoh — kadang kadang mak ayah ada juga bertanya tetapi saya tidak nampak yang status saya akan berubah pada tahun 2013 kerana jadual yang sudah pun penuh”

“Adila Ramly? Kami rapat hanya kerana kerja. Lagipun saya kini tidak mencari tetapi saya percaya pada jodoh — mungkin di’celah celah kesibukan saya akan bertemu seseorang”

Sebagai permulaan kerjaya sibuk beliau untuk 2013, Fahrin Ahmad akan terbang ke Abu Dhabi pada 9 Disember ini untuk penggambaran telefilem bertajuk Rindu Bertamu di’samping aktress Tasha Shila.


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top