Filem Bersiri Nabi Muhammad S.A.W Cecah RM3 Billion

Filem Bersiri Nabi Muhammad S.A.W Cecah RM3 Billion

Filem Bersiri Nabi Muhammad S.A.W Cecah RM3 Billion : Sebuah firma dari Qatar sanggup menyediakan dana sebanyak RM3 billion untuk pembikinan filem bersiri Nabi Muhammad S.A.W.

Firma tersebut, Alnoor Holding telah mengumumkan akan menambah dana bagi menghasilkan filem bersiri mengenai Nabi Muhammad SAW kepada AS$1 bilion (RM3 bilion) berbanding AS$1.5 juta (RM4.5 juta) yang dirancang tiga tahun lalu.

Menurut pengerusi Alnoor Holding, Ahmed Al-Hashemi berkata, firma mereka akan menghasilkan tiga siri filem dengan peruntukan tersebut.

Tambah beliau lagi, seasukan pakar juga sudah menyiapkan skrip bagi memudahkan proses menghasilkan filem yang dianggap mencabar itu.

Alnoor Holding sebelum ini pernah mengumumkan pihaknya sedang mengumpul dana bagi membiayai penerbitan filem itu yang bakal dihasilkan oleh pengarah veteran Hollywood, Barrie Osborne pada 2009.

Osborne seorang pengarah berpengalaman telah terlibat lebih 40 tahun dalam bidang pengarahan dan pernah mengarah filem Lord of The Rings dan The Matrix.

Menurut info, watak Nabi Muhammad tidak akan ditampilkan kerana ia menyalahi sisi agama Islam dan sebagai tanda menghormati baginda.

Dalam pada itu, menurut sumber juga Ulama Qatar, Sheikh Yusof Qaradawi akan mengetuai penyelidikan file mini serta member khidmat teknikal.

Filem ini bakal dihasilkan dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bakal diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa bagi membetulkan persepsi masyarakat Barat terhadap Islam.– Info Agama @forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.