Keluarga Kesal Siti Fazurina Kahwin Lari

 

Keluarga Kesal Siti Fazurina Kahwin Lari

Keluarga Kesal Siti Fazurina Kahwin Lari : Siti Fazurina yang juga merupakan pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya.

Menurut satu sumber terdekat dari keluarganya mendedahkan, Siti Fazurina Mohd Famir, 30, telah bernikah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.

“Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

“Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya,” jelasnya ketika dihubungi pihak wartawan semalam.

Menurut sumber lagi, pihak keluarga perempuan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan.

Individu yang menghantar sms itu turut meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.

“Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu.

“Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

“Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki,” ujarnya.

Sementara itu, usaha wartawan untuk menghubungi Fazurina bagi mendapatkan penjelasan gagal kerana dia mungkin masih mahu merahsiakan majlis itu.- Info Artis @ forblogger.net