MB Selangor Tak Akan Letak Jawatan

MB Selangor Tak Akan Letak Jawatan

MB Selangor Tak Akan Letak Jawatan : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor dilaporkan enggan melayan desakan yang meminta beliau meletak jawatan kerana didakwa masih belum menunaikan manifesto pada pilihan raya umum lalu.

Menurut Tan Sri Abdul Khalid, Kerajaan Negeri berusaha sedaya upaya memenuhi semua manifesto tersebut dan pihaknya juga membuat penilaian untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga.

Tambah beliau lagi, penilaian itu dibuat memandangkan usaha tersebut melibatkan wang rakyat dan pendapatan negeri bagi memastikan ia tidak disalah gunakan dan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja menerima manfaatnya.

“Dengan cara itu, kita (Kerajaan Negeri) guna duit pembayar cukai dan hasil negeri dengan adil dan saksama. Contohnya, kita tak beri kebajikan kepada semua siswazah, sebaliknya hanya bantu siswazah yang masih lagi belum dapat pekerjaan atau mereka yang mahu tingkatkan kemahiran.

“Bagi ibu tunggal pula, mereka yang sudah terima bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita tak bantu lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS), di sini, semalam.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung desakan Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) supaya Adun Ijok itu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar sekiranya tidak mampu melunaskan janji manifesto.

Sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid turut dilaporkan berkata, manifesto bukan satu perjanjian yang wajib ditunaikan.

Tambah beliau lagi, Pakatan Rakyat (PR) berpendirian untuk memastikan jenayah rasuah atau salah guna kuasa berlaku dalam negeri ditadbir mereka.

Dalam pada itu, Tan Sri Abdul Khalid turut mempertahankan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan beberapa kuil di Selangor.

“Polisi dan implementasi perlu ada keseimbangan. Kita sudah setuju tiada rumah ibadat baru yang tak ikut peraturan.

“Jadi kita dah buat keputusan supaya pembangunan (rumah ibadat) sudah dilakukan sebelum 2008, yang salah dari segi undang-undang, kita buat pembetulan,” katanya.– Info Politik @ Forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “MB Selangor Tak Akan Letak Jawatan


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65