ND Lala Tak Benar Shila Amzah Keluar Komen Peribadi

 

ND Lala Tak Benar Shila Amzah Keluar Komen Peribadi

ND Lala Tak Benar Shila Amzah Keluar Komen Peribadi : Penyanyi Shila Amzah yang kini berada di Amerika Syarikat kerana anugerah World Music Award di Amerika Syarikat dilarang oleh bapanya ND Lala mengeluarkan kenyataan peribadi terutamanya kisah beliau dengan Sharnaz Ahmad.

“Saya tidak mahu Shila memberi apa-apa ulasan buat masa ini. Saya melihat, memberi tumpuan untuk mengangkat nama baik negara adalah lebih penting dan berfaedah daripada memberi tumpuan terhadap hal yang bersifat peribadi.

“Sila beri tumpuan dan buat persiapan yang rapi untuk ke Miami, Amerika Syarikat,” katanya.

ND Lala turut berpendapat perkongsian hal peribadi dengan peminat atau untuk tatapan umum adalah tidak wajar.

“Bagi saya, perkongsian hal peribadi yang boleh ditatap oleh orang lain adalah tidak wajar,” katanya.

Kejadian berlaku pada malam Anugerah Planet Muzik 2012 itu, dimana Shila sempat bergurau mengatakan Sharnaaz merajuk berikutan dirinya berduet dengan penyanyi Singapura, Taufik Batisah.

Berikutan kenyataan itu, beberapa status kurang manis dikemas kini Sharnaaz di akaun Twitter yang kemudiannya dipadam dan mendakwa akaun Twitternya telah digodam seseorang.- Info Artis @ forblogger.net