Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2013

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2013: Para pelajar UPSR 2012 yang ada memohon bagi kemasukan Tingkatan 1 2013 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara atas talian.

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1

Semakan permohonan ke Tingkatan 1 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.

Surat Tawaran

  • Pelajar yang berjaya & bersetuju dengan tawaran kemasukan ke SBP, perlu mencetak surat dan lampiran tawaran.
  • Surat Tawaran & lampiran tersebut mesti dibawa semasa hari pendaftaran.

e-Rayuan

  • Manakala bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat, boleh membuat rayuan secara atas talian.
  • Laman web bagi membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2013 dijangka akan dibuka pada minggu hadapan.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada selepas proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Maklumat

  • Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.